ok kali ni buat roti jala pula.. resipi pun drp internet gak ..dunia tanpa sempadan la katakan..
Pilihan resipi menjadi rujukan ialah yg ni: ( sumber maybe drp mesra.net or resipi.net..ehheeh tak sure la pulak ..)
Roti Jala:
400 gm Tepung gandum ( Ori : 600 gm )
3/4 can santan ( Ori : 1 can)
2 sudu tepung custard - utk colouring .. ada jugak org letak colouring kuning...well up to the cook la kan..hheheehh..
1 biji telur ( Ori : 2 biji)
1 1/2 gelas air ( Ori : 3 gelas) ikut kelikatan bancuhan
Garam secukupnya..( Ori : 1 sudu besar)
Cara Cik CT:
Masukkan bhn kedalam blender dan blend.. kalau rasa terlalu pekat letak sedikit air..then letak dlm bekas dan bersedia utk memasak roti jala atas kuali.
Cara Original : Bancuh tepung dengan santan, garam dan telur hingga sebati. Tuangkan air sejuk (jika suka boleh gunakan santan cair) kacau lagi hingga rata. Jerangkan kuali leper dan sapu minyak. Bila panas kiraikan adunan tepung tadi ke atasnya. Bila masak angkat dan lipat jadikan tiga segi. Hidangkan dengan kuah kari atau kurma.
Nota kaki: Make sure bancuhan benar-benar halus jgn ada berketul-ketul..senang guna blender. semasa gunakan acuan..make sure dekat dgn kuali.. kalau tidak akan roti jala yg terhasil akan terputus-putus.
Kari Kambing Sonoda
Bahan-bahan:
Bwg besar
Bwg putih
Halia
Daun kari
( Tumis hingga naik bau)
Kari Faiza
Halba
Yogurt
Kambing
Kentang..
Disebabkan kari ni masakan biasa.. so takyah lah letak dia nyer caranya..heheheh


No comments:
Post a Comment